Sunday, 24 May 2015

Arteri Septal Defect

Hai readers, 

Mari mengenali penyakit Arteri Septal Defect (ASD)

WHAT IS IT AND HOW DOES IT AFFECT THE HEART?

ASD is an opening or hole (defect) in the wall (septum) between the heart's two upper chambers (atrial).

Blood can flowacross the hole from the left upper heart chamber (left atrium) to the right upper chamber (right atrium) and out into the lung arteries.

If the hole is small, it may not cause problems.

If the hole is large, extra bloof being pumped into the right heart and the lung arteries makes the heart and lungs work harder. The right heart will get enlarged and the lung arteries can become gradually damaged.



Dah lama kan saya tak update blog ni. Saya masuk wad di Institut Jantung Negara kerana masalah penyakit di atas. Walau bagaimanapun tiada sebarang pembedahan dilakukan ke atas saya kerana menurut doktor ia melibatkan risiko yang amat tinggi sekiranya pembedahan dilakukan. Buat masa ini apa yang boleh doktor lakukan ialah beri saya makan ubat supaya saya dapat bertahan. Penyakit ini dikenali sebagai Atrial Septal Defect with Eisenmenger Syndrome.

Sakit itu adalah anugerah dari Allah SWT kepada hambaNya yang terpilih. Tersurat dan tersirat sejuta hikmah disebaliknya. Dugaan bukan sahaja kepada sakit malah dugaan ini kepada setiap ahli keluarga pesakit.

Monday, 4 May 2015

Ku tunggu detik demi detik

Assalamualaikum

Pernahkah anda terasa nak pergi umrah beribadat betul-betul dihadapan Kaabah? Perasaanku ini terlalu mendalam. Keinginanku terlalu besar untuk merasai sebuah perjalanan menyelesaikan ibadah solat dalam suasana indah di hadapan Kaabbah. Seringkali aku dengar cerita dari keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja tentang pengalaman mereka menunaikan ibadah umrah. Walau berkali mereka teruja menghurai setiap langkah pengalaman di sana, namun aku tak pernah jemu mendengarnya kerana hatiku terlalu ingin ke sana. 

Namun, mungkin keadaanku membataskan kepergianku di sana kerana aku menghidap sakit jantung. Walau aku dengar perkabaran sesiapa yang sakit atau tidak sihat, apabila sampai di Madinah dan Mekah, mereka menjadi sihat dan bersemangat untuk beribadah. Mungkin rezekiku belum tiba untuk aku melaksanakan ibadah umrah.

Pernah ku baca artikel, bait-baitnya menyatakan "ada orang rezekinya murah diberi peluang untuk selalu mengerjakan ibadah umrah. Ada pula orang yang terlalu ingin mengerjakan ibadah umrah tetapi masih belum diizinkan oleh Allah swt untuk kesana namun  hati dan perasaannya selalu dekat dengan Kaabah. Aku lah salah seorang darinya. Setiap kali aku memandang Kaabah aku menjadi pilu dan air mata pasti berguguran. Aku redho masih belum masanya lagi. Faktor kewangan dan mahram juga membataskan aku untuk mencapai impianku. 

Tapi aku percaya setiap yang berlaku pasti ade hikmah dan sebabnya kerana manusia hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah SWT untuk hambaNya lebih besar. Pernah suatu malam aku bermimpi aku sampai hampir kepada Kaabah dan mimpi itu aku simpan di dalam hatiku sebagai kenangan paling indah.

Akan ku terus tunggu detik demi detik untuk mendapat sebuah pelawaan besar dari Illahi untuk aku menunaikan ibadah umrah. Tetapi sekiranya aku tidak ditakdirkan untuk menunaikannya aku redho kerana mungkin itu yang terbaik untuk kesihatanku di sini.


Sunday, 12 April 2015

Sahabat, kawan ...hari ini nak declare hari friendship ...

kawan saya nak pindah bahagian lain, bahagian yang lebih membahagiakan dia dan yang terbaik untuk dia
Good Luck Friend... all the best to you...

Saya masakkan dia home made shepherd special...


sebagai tanda kasih sayangnya..dia balas pula dengan friendship cookies..
sedap sgt walapun bekali kali gigit sbb dia keras..maybe cookies tu diberi dengan kasih sayang jadi cookies tu berjaya dihabiskan..thank you Hana


Happy makan makan


Wednesday, 25 March 2015

Hi semua...memang dah lama saya tak post entry baru..mula-mula saya biarkan sahaja..tetapi saya terpanggil untuk update blog ini bile baca shout dari yuyah . Kalau nak tahu kenapa dah lama saya tak update sebab saya mengalami stress di tempat kerja yang sangat serius. Jadi..kawan-kawan tolong bantu saya menghadapi stress yang melampau di tempat kerja dengan bijak.

Gambar ehsan dari Encik Google.

Pada mulanya saya rasa tahap stress saya sama seperti pekerja-pekerja lain yang ada pasang surutnya. Tapi makin hari makin menjadi jadi. Tekanan kerja dari majikan. Semua kerja perlu diselesaikan segera sehingga saya tak boleh nak fikir mana satu yang perlu diselesaikan. Kemudian saya mengalami sakit kepala yang melampau dan mata berpinar-pinar. Muka saya jadi pucat. Kawan-kawan semua tegur muka saya pucat dan tak bermaya. Saya juga diminta untuk stayback kerana perlu menyelesaikan kesemuanya kerja-kerja dengan segera tanpa membuat apa-apa tuntutan kerja lebih masa.
Saya  tiada masa untuk riadah, meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat. Balik kerja dalam keadaan letih dan terus tidur. Bangun tidur, solat terus pergi pejabat. Sedih nye laaaa....kawan-kawan bantu saya bagi tips menangani stress dengan cara yang bijak dan menangani majikan yang sentiasa mendesak...opsss saya bukan jenis yang lembab ye..tapi sebab saya jenis yang cepat selesaikan kerja jadinya makin berlambak kerja diberikan. 

Tak tahu lah bila masa saya boleh kembali senyum 






Saturday, 21 February 2015

Di dalam dunia ni pasti kita dianugerahi seorang sahabat yang benar-benar memahami dan sentiasa menyokong kita di dalam apa jua situasi yang kita alami. Semasa susah dan senang, miskin dan kaya. Sahabat yang benar-benar memahami apa yang kita lalui di dalam kehidupan kita. Walaupun jauh di mata tapi semangat dan pesanannya membuat kita kuat untuk meneruskan. Melalui survey, 85% sahabat tidak berada dengan kita di saat kita benar-benar susah. Hanya 15% yang benar-benar ada di situasi mana pun kita berada. Di saat saya stress .... saya akan dengar lagu ini ...... lirik nya adalah inspirasi untuk saya ... sahabat sejati dari kecil hingga dewasa..dia lah yang tujukan lagu ini untuk saya...dengarkan yaa..


Untuk sahabat saya yang tujukan lagu ini kepada saya...you awesome ...thank you so much..tiada yang lebih berharga dari persahabatan ini. You know who you are.


Sunday, 15 February 2015

Cuaca hari ini sangat panas...badan rasa cepat kering..tekak pun kering..bibir pun kering...haussss...lumrah alam kadang kala panas kadang kala sejuk..


Untuk meredakan tekak yang kering ini..mari kita cuba ais krim pasu.....eh...pasu????


Ada 3 scopes ais krim di dalam pasu ini yang terdiri dari pelbagai rasa mengikut perasa yang disukai pembeli...
Bahagian atasnya ditaburi oreo yang telah diserbukkan dan kacang-kacang beserta gula gula..
Harga pada hari ini ialah RM5.00 sepasu. Bagi peminat tegar ais krim, bolehlah makan seorang sepasu. Tapi bagi peminat biasa-biasa boleh makan 3 (tiga) orang sepasu.
Perasaan ketika makan hurmmm biasa-biasa aje...cume nampak menarik jer..kepada yang tak penah cuba bolehlah cuba. Saya beli di Kedai ais krim pasu seksyen 4 tambahan Bandar Baru Bangi sederet dengan Karysma Store dan Blitz.
Komen dari saya, kedai ais krim ini agak panas kerana tiada penghawa dingin jadi aiskrimnya cepat cair. Mungkin suatu hari nanti pemilik kedai ini akan membuat penambah baikkan memandangkan permintaan meningkat bagi  ais krim pasu ini. Saya sokong pengusaha Bumiputera!!

Saturday, 14 February 2015

I Love You Abah


Hari ni kita muhasabah diri ...hurmm dari kecil sampai besar kita dilayan dengan baik. Setiap permintaan akan dipenuhi. Tapi kita selalu tak tahu setiap pemberian yang diberikan oleh kedua ibu bapa kita tersirat penderitaan dan keperitaan yang tidak diberitahu langsung. Ini semua untuk kebahagiaan anak-anak. Marilah kita cuba sedaya upaya buat yang terbaik kepada ibu bapa kita. Doa anak yang soleh dan solehah adalah doa yang terbaik untuk orang tua kita. Iklan komersial sebegini sangat menyentuh perasaan.