Monday 4 May 2015

Ku tunggu detik demi detik

Assalamualaikum

Pernahkah anda terasa nak pergi umrah beribadat betul-betul dihadapan Kaabah? Perasaanku ini terlalu mendalam. Keinginanku terlalu besar untuk merasai sebuah perjalanan menyelesaikan ibadah solat dalam suasana indah di hadapan Kaabbah. Seringkali aku dengar cerita dari keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja tentang pengalaman mereka menunaikan ibadah umrah. Walau berkali mereka teruja menghurai setiap langkah pengalaman di sana, namun aku tak pernah jemu mendengarnya kerana hatiku terlalu ingin ke sana. 

Namun, mungkin keadaanku membataskan kepergianku di sana kerana aku menghidap sakit jantung. Walau aku dengar perkabaran sesiapa yang sakit atau tidak sihat, apabila sampai di Madinah dan Mekah, mereka menjadi sihat dan bersemangat untuk beribadah. Mungkin rezekiku belum tiba untuk aku melaksanakan ibadah umrah.

Pernah ku baca artikel, bait-baitnya menyatakan "ada orang rezekinya murah diberi peluang untuk selalu mengerjakan ibadah umrah. Ada pula orang yang terlalu ingin mengerjakan ibadah umrah tetapi masih belum diizinkan oleh Allah swt untuk kesana namun  hati dan perasaannya selalu dekat dengan Kaabah. Aku lah salah seorang darinya. Setiap kali aku memandang Kaabah aku menjadi pilu dan air mata pasti berguguran. Aku redho masih belum masanya lagi. Faktor kewangan dan mahram juga membataskan aku untuk mencapai impianku. 

Tapi aku percaya setiap yang berlaku pasti ade hikmah dan sebabnya kerana manusia hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah SWT untuk hambaNya lebih besar. Pernah suatu malam aku bermimpi aku sampai hampir kepada Kaabah dan mimpi itu aku simpan di dalam hatiku sebagai kenangan paling indah.

Akan ku terus tunggu detik demi detik untuk mendapat sebuah pelawaan besar dari Illahi untuk aku menunaikan ibadah umrah. Tetapi sekiranya aku tidak ditakdirkan untuk menunaikannya aku redho kerana mungkin itu yang terbaik untuk kesihatanku di sini.


No comments:

Post a Comment