Sunday 24 May 2015

Arteri Septal Defect

Hai readers, 

Mari mengenali penyakit Arteri Septal Defect (ASD)

WHAT IS IT AND HOW DOES IT AFFECT THE HEART?

ASD is an opening or hole (defect) in the wall (septum) between the heart's two upper chambers (atrial).

Blood can flowacross the hole from the left upper heart chamber (left atrium) to the right upper chamber (right atrium) and out into the lung arteries.

If the hole is small, it may not cause problems.

If the hole is large, extra bloof being pumped into the right heart and the lung arteries makes the heart and lungs work harder. The right heart will get enlarged and the lung arteries can become gradually damaged.



Dah lama kan saya tak update blog ni. Saya masuk wad di Institut Jantung Negara kerana masalah penyakit di atas. Walau bagaimanapun tiada sebarang pembedahan dilakukan ke atas saya kerana menurut doktor ia melibatkan risiko yang amat tinggi sekiranya pembedahan dilakukan. Buat masa ini apa yang boleh doktor lakukan ialah beri saya makan ubat supaya saya dapat bertahan. Penyakit ini dikenali sebagai Atrial Septal Defect with Eisenmenger Syndrome.

Sakit itu adalah anugerah dari Allah SWT kepada hambaNya yang terpilih. Tersurat dan tersirat sejuta hikmah disebaliknya. Dugaan bukan sahaja kepada sakit malah dugaan ini kepada setiap ahli keluarga pesakit.

Monday 4 May 2015

Ku tunggu detik demi detik

Assalamualaikum

Pernahkah anda terasa nak pergi umrah beribadat betul-betul dihadapan Kaabah? Perasaanku ini terlalu mendalam. Keinginanku terlalu besar untuk merasai sebuah perjalanan menyelesaikan ibadah solat dalam suasana indah di hadapan Kaabbah. Seringkali aku dengar cerita dari keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja tentang pengalaman mereka menunaikan ibadah umrah. Walau berkali mereka teruja menghurai setiap langkah pengalaman di sana, namun aku tak pernah jemu mendengarnya kerana hatiku terlalu ingin ke sana. 

Namun, mungkin keadaanku membataskan kepergianku di sana kerana aku menghidap sakit jantung. Walau aku dengar perkabaran sesiapa yang sakit atau tidak sihat, apabila sampai di Madinah dan Mekah, mereka menjadi sihat dan bersemangat untuk beribadah. Mungkin rezekiku belum tiba untuk aku melaksanakan ibadah umrah.

Pernah ku baca artikel, bait-baitnya menyatakan "ada orang rezekinya murah diberi peluang untuk selalu mengerjakan ibadah umrah. Ada pula orang yang terlalu ingin mengerjakan ibadah umrah tetapi masih belum diizinkan oleh Allah swt untuk kesana namun  hati dan perasaannya selalu dekat dengan Kaabah. Aku lah salah seorang darinya. Setiap kali aku memandang Kaabah aku menjadi pilu dan air mata pasti berguguran. Aku redho masih belum masanya lagi. Faktor kewangan dan mahram juga membataskan aku untuk mencapai impianku. 

Tapi aku percaya setiap yang berlaku pasti ade hikmah dan sebabnya kerana manusia hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah SWT untuk hambaNya lebih besar. Pernah suatu malam aku bermimpi aku sampai hampir kepada Kaabah dan mimpi itu aku simpan di dalam hatiku sebagai kenangan paling indah.

Akan ku terus tunggu detik demi detik untuk mendapat sebuah pelawaan besar dari Illahi untuk aku menunaikan ibadah umrah. Tetapi sekiranya aku tidak ditakdirkan untuk menunaikannya aku redho kerana mungkin itu yang terbaik untuk kesihatanku di sini.