Wednesday 25 March 2015

Hi semua...memang dah lama saya tak post entry baru..mula-mula saya biarkan sahaja..tetapi saya terpanggil untuk update blog ini bile baca shout dari yuyah . Kalau nak tahu kenapa dah lama saya tak update sebab saya mengalami stress di tempat kerja yang sangat serius. Jadi..kawan-kawan tolong bantu saya menghadapi stress yang melampau di tempat kerja dengan bijak.

Gambar ehsan dari Encik Google.

Pada mulanya saya rasa tahap stress saya sama seperti pekerja-pekerja lain yang ada pasang surutnya. Tapi makin hari makin menjadi jadi. Tekanan kerja dari majikan. Semua kerja perlu diselesaikan segera sehingga saya tak boleh nak fikir mana satu yang perlu diselesaikan. Kemudian saya mengalami sakit kepala yang melampau dan mata berpinar-pinar. Muka saya jadi pucat. Kawan-kawan semua tegur muka saya pucat dan tak bermaya. Saya juga diminta untuk stayback kerana perlu menyelesaikan kesemuanya kerja-kerja dengan segera tanpa membuat apa-apa tuntutan kerja lebih masa.
Saya  tiada masa untuk riadah, meluangkan masa bersama keluarga dan sahabat. Balik kerja dalam keadaan letih dan terus tidur. Bangun tidur, solat terus pergi pejabat. Sedih nye laaaa....kawan-kawan bantu saya bagi tips menangani stress dengan cara yang bijak dan menangani majikan yang sentiasa mendesak...opsss saya bukan jenis yang lembab ye..tapi sebab saya jenis yang cepat selesaikan kerja jadinya makin berlambak kerja diberikan. 

Tak tahu lah bila masa saya boleh kembali senyum 






2 comments:

  1. Bila tgah sedih @ stress..tangan letak kt dada sambil pejam mata & bisikkan "Ya ALLAH ini perjalanan hidupku yg kau tentukan...Jadikan r aku redha dgn nya..."..tarik nafas & lepas perlahan2..jgn lupe senyum..insya-ALLAH jiwa kite akan rase tenang.. :)

    ReplyDelete