Sunday 15 February 2015

Cuaca hari ini sangat panas...badan rasa cepat kering..tekak pun kering..bibir pun kering...haussss...lumrah alam kadang kala panas kadang kala sejuk..


Untuk meredakan tekak yang kering ini..mari kita cuba ais krim pasu.....eh...pasu????


Ada 3 scopes ais krim di dalam pasu ini yang terdiri dari pelbagai rasa mengikut perasa yang disukai pembeli...
Bahagian atasnya ditaburi oreo yang telah diserbukkan dan kacang-kacang beserta gula gula..
Harga pada hari ini ialah RM5.00 sepasu. Bagi peminat tegar ais krim, bolehlah makan seorang sepasu. Tapi bagi peminat biasa-biasa boleh makan 3 (tiga) orang sepasu.
Perasaan ketika makan hurmmm biasa-biasa aje...cume nampak menarik jer..kepada yang tak penah cuba bolehlah cuba. Saya beli di Kedai ais krim pasu seksyen 4 tambahan Bandar Baru Bangi sederet dengan Karysma Store dan Blitz.
Komen dari saya, kedai ais krim ini agak panas kerana tiada penghawa dingin jadi aiskrimnya cepat cair. Mungkin suatu hari nanti pemilik kedai ini akan membuat penambah baikkan memandangkan permintaan meningkat bagi  ais krim pasu ini. Saya sokong pengusaha Bumiputera!!

1 comment:

  1. Betul, ais krim pasu memang tengah femes sekarang. Dekat mana-mana ada jual. Tp sy belum sempat cuba la, hehe

    ReplyDelete