Saturday 21 February 2015

Di dalam dunia ni pasti kita dianugerahi seorang sahabat yang benar-benar memahami dan sentiasa menyokong kita di dalam apa jua situasi yang kita alami. Semasa susah dan senang, miskin dan kaya. Sahabat yang benar-benar memahami apa yang kita lalui di dalam kehidupan kita. Walaupun jauh di mata tapi semangat dan pesanannya membuat kita kuat untuk meneruskan. Melalui survey, 85% sahabat tidak berada dengan kita di saat kita benar-benar susah. Hanya 15% yang benar-benar ada di situasi mana pun kita berada. Di saat saya stress .... saya akan dengar lagu ini ...... lirik nya adalah inspirasi untuk saya ... sahabat sejati dari kecil hingga dewasa..dia lah yang tujukan lagu ini untuk saya...dengarkan yaa..


Untuk sahabat saya yang tujukan lagu ini kepada saya...you awesome ...thank you so much..tiada yang lebih berharga dari persahabatan ini. You know who you are.


Sunday 15 February 2015

Cuaca hari ini sangat panas...badan rasa cepat kering..tekak pun kering..bibir pun kering...haussss...lumrah alam kadang kala panas kadang kala sejuk..


Untuk meredakan tekak yang kering ini..mari kita cuba ais krim pasu.....eh...pasu????


Ada 3 scopes ais krim di dalam pasu ini yang terdiri dari pelbagai rasa mengikut perasa yang disukai pembeli...
Bahagian atasnya ditaburi oreo yang telah diserbukkan dan kacang-kacang beserta gula gula..
Harga pada hari ini ialah RM5.00 sepasu. Bagi peminat tegar ais krim, bolehlah makan seorang sepasu. Tapi bagi peminat biasa-biasa boleh makan 3 (tiga) orang sepasu.
Perasaan ketika makan hurmmm biasa-biasa aje...cume nampak menarik jer..kepada yang tak penah cuba bolehlah cuba. Saya beli di Kedai ais krim pasu seksyen 4 tambahan Bandar Baru Bangi sederet dengan Karysma Store dan Blitz.
Komen dari saya, kedai ais krim ini agak panas kerana tiada penghawa dingin jadi aiskrimnya cepat cair. Mungkin suatu hari nanti pemilik kedai ini akan membuat penambah baikkan memandangkan permintaan meningkat bagi  ais krim pasu ini. Saya sokong pengusaha Bumiputera!!

Saturday 14 February 2015

I Love You Abah


Hari ni kita muhasabah diri ...hurmm dari kecil sampai besar kita dilayan dengan baik. Setiap permintaan akan dipenuhi. Tapi kita selalu tak tahu setiap pemberian yang diberikan oleh kedua ibu bapa kita tersirat penderitaan dan keperitaan yang tidak diberitahu langsung. Ini semua untuk kebahagiaan anak-anak. Marilah kita cuba sedaya upaya buat yang terbaik kepada ibu bapa kita. Doa anak yang soleh dan solehah adalah doa yang terbaik untuk orang tua kita. Iklan komersial sebegini sangat menyentuh perasaan.

Monday 9 February 2015


Hi ... hari ni mood buat brownies...anda semua boleh mencuba sebab sangat senang dan mudah.
Kehebatan dark chocolate boleh merendahkan tekanan darah,  boleh melawan kadar diabetis, koko mengandungi anti-pembekuan darah atau sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah. Terdapat pelbagai khasiat coklat sebenarnya dan yang saya nyatakan ini hanyalah sebahagiannya sahaja.  Encik google sedia membantu anda semua untuk mengetahui kelebihan dan kehebatan dark choclate.




Ok ini pula resepinya saya ambil dari http://qasehchoc.blogspot.com/2013/11/resipi-brownies-coklat.html

Bahan-bahannya adalah seperti berikut :

250g dark choclate
200 g butter
180g gula halus
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur ayam
200 g tepung gandum - ayak
200g walnut/almond - yang ini option. saya tak letak 

Cara memasak :

1) Panaskan dark chocolate dengan cara  double boil 
2) Cairkan butter dan masukkan dalam adunan coklat 
3) Masukkan gula dan kacau hingga rata
4) Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla
5) Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau 
6) Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu dengan butter 
7) Taburkan almond/walnut panggang di atas adunan (option)
8) Bakar dalam suhu 160 C selama 40 minit atau mengikut jenis oven masing-masing.