Monday 9 February 2015


Hi ... hari ni mood buat brownies...anda semua boleh mencuba sebab sangat senang dan mudah.
Kehebatan dark chocolate boleh merendahkan tekanan darah,  boleh melawan kadar diabetis, koko mengandungi anti-pembekuan darah atau sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah. Terdapat pelbagai khasiat coklat sebenarnya dan yang saya nyatakan ini hanyalah sebahagiannya sahaja.  Encik google sedia membantu anda semua untuk mengetahui kelebihan dan kehebatan dark choclate.




Ok ini pula resepinya saya ambil dari http://qasehchoc.blogspot.com/2013/11/resipi-brownies-coklat.html

Bahan-bahannya adalah seperti berikut :

250g dark choclate
200 g butter
180g gula halus
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur ayam
200 g tepung gandum - ayak
200g walnut/almond - yang ini option. saya tak letak 

Cara memasak :

1) Panaskan dark chocolate dengan cara  double boil 
2) Cairkan butter dan masukkan dalam adunan coklat 
3) Masukkan gula dan kacau hingga rata
4) Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla
5) Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau 
6) Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu dengan butter 
7) Taburkan almond/walnut panggang di atas adunan (option)
8) Bakar dalam suhu 160 C selama 40 minit atau mengikut jenis oven masing-masing.

No comments:

Post a Comment