Tuesday 8 October 2013

Kempen Menutup Aurat Kaki

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi,

Hari ini saya nak berkempen menutup aurat kaki. Kaki adalah aurat bagi perempuan dihadapan orang-orang yang bukan mahram ye..

Aurat perempuan semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;
Apa yang Allah dah nyatakan dalam al-Qur'an:
…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.
(An-Nur 24:31)
Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita.

Dari Aisyah ra
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis riwayat Abu Dawud.)
Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.
Memakai stokin itu tidak wajib. Yang wajibnya menutup kedua belah kaki bagi perempuan. Cuma pada zaman ini stokin dicipta untuk menutup kaki maka digalakkanlah memakai stokin bagi tujuan mentutup aurat.

JOM TUTUP AURAT KAKI
JOM PAKAI STOKIN
Walau bagaimanapun perlu diingatkan kita hendaklah sedar..jangan hanya pakai stokin untuk tutup aurat kaki sahaja....aurat anggota perempuan yang lain juga wajib ditutup ye...tutup aurat rambut dan seluruh anggota tubuh badan kita...semoga kita sama-sama menjadi ahli syurga in shaa Allah.

No comments:

Post a Comment